Penjamuan merujuk kepada pemberian makanan, cabutan bertuah, bekalan, dan barangan-barangan bernilai lain semasa pilihan raya.
________________________
Pemberian makanan dan barangan ini boleh diberi oleh sesiapa sahaja, untuk tujuan mempengaruhi pengundi untuk mengundi seorang calon/parti, atau sebagai ganjaran untuk menghadiri aktiviti kempen.
Contoh:
• Makanan percuma diberi semasa acara kempen, atau makanan diberi di di pusat mengundi.
• Cabutan bertuah semasa ceramah
• Hadiah seperti perkakas elektrik diedarkan oleh pekerja parti bagi pihak calon atau parti
Bekalan seperti baja, beras, alat-alatan, atau barangan rumah diedarkan oleh pekerja parti bagi pihak calon atau parti
• Program jualan murah oleh parti-parti politik atau kerajaan