Penggunaan Aset Kerajaan

Penggunaan aset-aset kerajaan sebegini untuk tujuan politik atau kempen pilihan raya ialah suatu kesalahan.

________________________

Aset atau jentera kerajaan merujuk kepada:

  • Bangunan-bangunan yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan seperti sekolah, hospital, dan balai polis.
  • Kenderaan milik kerajaan, seperti helicopter tentera atau kapal terbang dan kereta rasmi kerajaan.
  • Kakitangan atau penjawat awam, seperti pegawai polis yang bertugas, tentera atau RELA, guru, atau kakitangan jabatan kerajaan.

 

Penggunaan penjawat awam hanya salah jika mereka sedang bertugas. Penjawat awam adalah bebas untuk membantu atau bekerja dalam kempen pilihan raya jika dilakukan di luar masa bertugas rasmi mereka. Ini tidak termasuk pegawai SPR atau pemerhati, kerana mereka perlu kekal adil dan neutral semasa tempoh pilihan raya.