Perbelanjaan Berlebihan

Had perbelanjaan untuk calon DUN ialah RM100,000, manakala untuk calon Parlimen ialah RM200,000. Aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh sebarang organisasi atau kumpulan untuk tujuan berkempen untuk seseorang calon juga diambil kira dalam perbelanjaan ini.

Aktiviti kempen yang berkos tinggi (seperti yang diadakan di hotel bertaraf lima bintang atau jamuan makan besar-besaran untuk 1000 orang) perlu dilaporkan supaya ia boleh disemak sama ada termasuk dalam laporan perbelanjaan calon.