Facebook-f Instagram Twitter Youtube
  • UTAMA
  • Kesalahan Pilihan Raya
    • Rasuah dan Beli Undi
    • Penjamuan Makanan dan Pemberian Hadiah
    • Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan
    • Penggunaan Aset Kerajaan
    • Perbelanjaan Berlebihan
    • Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan
    • Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai
    • Undi Awal dan Undi Pos
    • Isu Hari Pengundian
    • Masalah Daftar Pemilih
  • Sertai PEMANTAU
  • Semakan Fakta & FAQ
Menu
  • UTAMA
  • Kesalahan Pilihan Raya
    • Rasuah dan Beli Undi
    • Penjamuan Makanan dan Pemberian Hadiah
    • Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan
    • Penggunaan Aset Kerajaan
    • Perbelanjaan Berlebihan
    • Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan
    • Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai
    • Undi Awal dan Undi Pos
    • Isu Hari Pengundian
    • Masalah Daftar Pemilih
  • Sertai PEMANTAU
  • Semakan Fakta & FAQ
October 23, 2022

Kenyataan Media Bersih (23 Oktober 2022): Kelakuan Ganas Dan Samseng Bukan Budaya Pilihan Raya Yang Bersih

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam sekeras-kerasnya kumpulan yang bertindak ganas dan samseng terhadap lawan politik mereka. Semalam (22 Oktober), sekumpulan samseng telah bertindak menganggu majlis makan malam Parti MUDA di Dewan Yong Sheng (1). Gangguan yang sama juga telah berlaku kepada MUDA pada 16 Oktober dalam program ceramah mereka di Muar.

BERSIH ingin mengingatkan semua pihak bahawa tindakan samseng dan ganas ini, selain dari kesalahan dalam Kanun Keseksaan, adalah satu bentuk kesalahan pilihan raya di bawah Seksyen 4A Kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sekiranya disabitkan bersalah, pihak yang terlibat boleh dijatuhkan penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak lebih daripada RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

BERSIH menyeru rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan cenderung kepada kempen yang lebih positif dan sihat untuk mengecam sekeras-kerasnya dan menolak sebarang bentuk kelakuan ganas dan samseng sebegini tidak kira daripada parti manapun.

BERSIH juga ingin mengingatkan bahawa budaya kempen yang ganas dan samseng ini bukanlah budaya pilihan raya yang bersih dan bebas. Tindakan ganas dan samseng ini adalah satu bentuk kempen negatif dan provokasi yang melampau. Pilihan raya adalah untuk beradu kekuatan idea, polisi, manifesto dan gerak kerja bagi membantu rakyat. Kempen ganas dan samseng ini hendaklah ditolak oleh semua rakyat Malaysia. Jom keluar undi dan tolak keganasan politik.

Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH

  1. https://www.astroawani.com/video-malaysia/pru15-program-muda-di-muar-diganggu-serangan-mercun-1993103
Bersih urges MACC probe into caretaker PM’s pre-GE15 offers; introduction of Caretaker Government Act Kenyataan Media BERSIH (8 November 2022): Patuhi Undang-Undang dan Etika Kempen Pilihan Raya Bersih

Related Posts

General, News from Media

Kenyataan Media daripada BERSIH (9 November 2022): Pelancaran Kempen #UndiMasaDepan (#VoteFuture) Menggalakkan Rakyat Keluar Mengundi

General

Kenyataan Media BERSIH (8 November 2022): Patuhi Undang-Undang dan Etika Kempen Pilihan Raya Bersih

News from Media

Bersih urges MACC probe into caretaker PM’s pre-GE15 offers; introduction of Caretaker Government Act

Recent Posts

  • Kenyataan Media daripada BERSIH (9 November 2022): Pelancaran Kempen #UndiMasaDepan (#VoteFuture) Menggalakkan Rakyat Keluar Mengundi
  • Kenyataan Media BERSIH (8 November 2022): Patuhi Undang-Undang dan Etika Kempen Pilihan Raya Bersih
  • Kenyataan Media Bersih (23 Oktober 2022): Kelakuan Ganas Dan Samseng Bukan Budaya Pilihan Raya Yang Bersih
  • Bersih urges MACC probe into caretaker PM’s pre-GE15 offers; introduction of Caretaker Government Act
  • Kenyataan Media Bersih (20 Oktober 2022): Tiada SOP UndiBanjir, Tempoh Kempen Masih Singkat

Categories

  • General
  • News from Media

Recent Comments

    Archives

    • November 2022
    • October 2022
    • April 2018
    • October 2017
    • July 2017
    • May 2017
    • April 2017
    • February 2017

    Need help? Call our support team 603-76280371

    Unit A–2–8, Block A,
    Pusat Perniagaan 8 Avenue,
    Jalan Sungai Jernih 8/1,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor

    About

    • Stories
    • Volunteer
    • Blog
    • Careers

    news

    • Teams
    • Education
    • Refer a friend
    • Updates

    resources

    • Overview
    • Report
    • Collaborate

    © 2023 All rights reserved

    Facebook-f Twitter Youtube Instagram