Skip to content

Sertai PEMANTAU

Apakah itu PEMANTAU?

PEMANTAU ialah suatu inisiatif rakyat untuk mencegah penipuan dan kesalahan semasa pilihan raya. BERSIH telah mendapat akreditasi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk terlibat dalam program Pemerhati SPR dalam siri-siri pilihan raya selepas PRU14. Pemantau telah memerhati semua PRK dan PRN selepas PRU14 dan meneruskan pemantauan dalam PRU15.

PEMANTAU akan memerhatikan kelakuan SPR, parti politik, dan calon-calon yang bertanding sepanjang tempoh pilihan raya. Sebarang salahlaku atau penipuan akan dilaporkan dan tindakan mahkamah akan diambil jika perlu.

Siapakah yang boleh menyertai PEMANTAU?

Orang ramai termasuk pengundi boleh mendaftar sebagai Sukarelawan PEMANTAU. Kriteria untuk menjadi Sukarelawan Pemantau ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mengamalkan sikap berkecuali
  • Tiada rekod jenayah
  • Sentiasa mematuhi undang-undang
  • Pemantau tidak dibenarkan menjadi PACA kepada calon pilihan raya atau parti-pati politik

Apakah tugas Sukarelawan PEMANTAU?

Sukarelawan Pemantau akan membantu untuk memantau 10 jenis kesalahan dan penipuan pilihan raya:
(1) Rasuah dan pembelian undi
(2) Penjamuan makanan dan pemberian hadiah
(3) Pemberian dan pengaruh tidak wajar oleh kerajaan
(4) Penggunaan aset kerajaan
(5) Perbelanjaan berlebihan
(6) Intimidasi, keganasan, dan gangguan
(7) Kelakuan berat sebelah oleh pegawai-pegawai
(8) Undi awal dan undi pos
(9) Masalah daftar pemilih dan pengundi hantu
(10) Masalah pada hari mengundi

Sukarelawan PEMANTAU akan membuat pemantauan pada hari pencalonan, aktiviti-aktiviti kempen, dan proses pengundian. Jika mendapati sebarang penipuan atau salah laku, laporan akan dibuat melalui hotline umum. Laporan-laporan yang diterima oleh sukarelawan akan disahkan sebelum ia boleh digunakan.

Beberapa taklimat akan diadakan untuk Sukaralewan PEMANTAU dari masa ke semasa selepas pendaftaran.

Bagaimanakah untuk mendaftar sebagai sukarelawan PEMANTAU?

Sila isi borang pendaftaran di bawah dan Koordinator PEMANTAU akan menghubungi anda dengan maklumat lanjut. [Pendaftaran Telah Di tutup] sekiranya anda terlihat kesalahan pilihanraya, sila laporkan di borang aduan.