Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan

Ini merujuk kepada penggunaan kekerasan, keganasan, atau ancaman, sama ada secara langsung atau tidak langsung, semasa pilihan raya.

________________________

Sebarang bentuk keganasan semasa pilihan raya akan memberi kesan kepada hak pengundi, calon, dan parti politik untuk berkempen dan undi dalam keadaan yang aman dan bebas.

 

Contoh:

  • Sebarang kekerasan terhadap calon atau pekerja parti
  • Sebarang cubaan untuk menghalang orang daripada memasuki kawasan awam untuk tujuan berkempen, kecuali jika calon lain sudah mempunyai permit untuk aktiviti di kawasan tersebut
  • Sebarang poster, kain rentang, atau risalah yang mempromosikan keganasan, atau memberi gangguan kepada calon.
  • Sebarang kerosakan atau kelakuan vandalisme terhadap bahan-bahan kempen atau harta benda
  • Sebarang cubaan untuk mengancam pengundi atau masyarakat dengan kebahayaan atau kehilangan sumber pendapatan, dengan tujuan mempengaruhi