Rasuah dan Beli Undi

 

Rasuah merujuk kepada sebarang wang yang diberi semasa pilihan raya.

________________________

 

Wang ini boleh diberi oleh sesiapa sahaja, untuk tujuan mempengaruhi pengundi untuk mengundi seorang calon/parti, atau sebagai ganjaran untuk menghadiri aktiviti kempen.

Contoh:

  • Wang yang diberi kepada pengundi dalam bentuk “elaun”, termasuk “elaun/tambang pengangkutan” atau “elaun makanan”. Ini tidak termasuk bayaran kepada pekerja-pekerja atau sukarelawan parti yang membantuk dalam kempen pilihan raya.
  • Wang yang diberi di pusat mengundi sebelum atau selepas mengundi
  • Baucar yang diberi kepada pengundi, yang kemudiannya boleh ditukar kepada wang selepas pilihan raya jika calon menang
  • Pemindahan wang secara elektronik kepada pengundi oleh individu yang sedang berkempen untuk calon
  • Sebarang wang yang diberi kepada ahli keluarga pengundi, termasuk kanak-kanak, semasa aktiviti kempen.

Kategori ini tidak termasuk pemberian wang oleh agensi, jabatan, atau kementerian Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, seperti BR1M. Untuk kesalahan seperti ini, sila rujuk kepada kategori “Pemberian dan pengaruh tidak wajar oleh kerajaan”