Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan

Kategori ini melibatkan apa-apa yang diberi oleh agensi, kementerian, atau jabatan kerajaan, atau sebarang institusi awam.

________________________

Kesalahan dalam kategori ini hanya berlaku apabila perkara permberiaan berlaku semasa aktiviti berkempen atau dengan tujuan mempengaruhi pengundi untuk mengundi seseorang calon.

 

Kesalahan ini diguna pakai untuk Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri.

Contoh:

  • Pemberian geran tanah atau biasiswa awam oleh calon atau semasa aktiviti kempen.
  • Pemberian bantuan kerajaan, seperti BR1M atau elaun perkahwinan, oleh calon, pekerja parti, atau semasa aktivi kempen atau jike terdapat niat jelas untuk meraih undi.
  • Pemberian bekalan oleh Kementerian atau Institusi awam, seperti sekolah atau Jabatan Pendidikan memberi bekalan pendidik, Kementerian Pertanian memberi baja, Kementerian Kesihatan memberi pemeriksaan kesihatan percuma, di mana calon-calon hadir atau adalah sebahagian daripada aktiviti berkempen.
  • Pengumuman projek kerajaan semasa pilihan raya, dengan tujuan untuk meraih undi.