HANTAR ADUAN
Facebook-f Instagram Twitter Youtube Tiktok
  • UTAMA
  • Kesalahan Pilihan Raya
    • Rasuah dan Beli Undi
    • Penjamuan Makanan dan Pemberian Hadiah
    • Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan
    • Penggunaan Aset Kerajaan
    • Perbelanjaan Berlebihan
    • Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan
    • Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai
    • Undi Awal dan Undi Pos
    • Isu Hari Pengundian
    • Masalah Daftar Pemilih
  • Sertai PEMANTAU
  • Semakan Fakta & FAQ
  • Kenyataan Media
Menu
  • UTAMA
  • Kesalahan Pilihan Raya
    • Rasuah dan Beli Undi
    • Penjamuan Makanan dan Pemberian Hadiah
    • Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan
    • Penggunaan Aset Kerajaan
    • Perbelanjaan Berlebihan
    • Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan
    • Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai
    • Undi Awal dan Undi Pos
    • Isu Hari Pengundian
    • Masalah Daftar Pemilih
  • Sertai PEMANTAU
  • Semakan Fakta & FAQ
  • Kenyataan Media
Website Media (14)
November 16, 2025

Kempen Secara Bersih dan Adil, Tolak Politik Wang

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telah menjalankan pemerhatian ke atas keseluruhan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DU) Sabah ke-17. Bagi pilihan raya kali ini, BERSIH menggerakkan seramai 70 orang Pemantau di 23 kawasan Parlimen untuk memastikan proses pilihan raya dipantau secara bebas, objektif dan berintegriti.

Kami mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon yang telah disahkan. BERSIH *mengingatkan* agar sepanjang tempoh kempen ini, semua pihak menjalankan aktiviti mereka dengan penuh tanggungjawab, serta menghormati prinsip demokrasi yang adil dan matang.

BERSIH juga ingin menegaskan bahawa politik wang adalah satu jenayah pilihan raya dan mesti ditolak oleh semua calon serta oleh rakyat. Pemberian wang tunai, barangan, penajaan majlis atau apa-apa bentuk habuan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berhubung rasuah dan beli undi, serta Seksyen 8 yang melibatkan penjamuan dan pemberian hadiah. Amalan politik wang bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi merosakkan asas demokrasi kerana ia menukar pilihan rakyat kepada satu transaksi semata-mata.

Rakyat Sabah perlu menolak politik wang kerana masa depan negeri ini bergantung pada pemilihan pemimpin yang benar-benar berintegriti, berkeupayaan dan mempunyai visi jangka panjang. Apabila politik wang dibiarkan berleluasa, ia membuka ruang kepada pemimpin yang hanya menjaga kepentingan diri, dan mengabaikan dasar-dasar yang mampu membawa kemajuan sebenar kepada rakyat. Sabah memerlukan pemimpin yang hadir bukan kerana habuan yang diberikan, tetapi kerana tanggungjawab dan komitmen untuk memperbaiki kehidupan rakyat serta membangunkan negeri ini secara mapan.

BERSIH menyeru rakyat Sabah untuk memainkan peranan aktif dalam mempertahankan integriti pilihan raya. Jika terdapat sebarang salah laku termasuk politik wang, ugutan, penyalahgunaan jentera kerajaan atau pelanggaran peraturan pilihan raya, orang ramai digalakkan membuat laporan melalui laman web www.pemantau.org.

Suara dan tindakan rakyat amat penting untuk memastikan proses pilihan raya yang benar-benar bersih, adil dan bermaruah dapat dicapai.

Dikeluarkan oleh:

Jawatankuasa Pemandu BERSIH

Tampilkan Calon Bersih Dalam PRN Sabah, Isytihar Aset, Patuhi Undang-Undang Dan Amalan Baik Pilihan Raya

Related Posts

Website Media (10)

Kenyataan Media

Tampilkan Calon Bersih Dalam PRN Sabah, Isytihar Aset, Patuhi Undang-Undang Dan Amalan Baik Pilihan Raya

WhatsApp Image 2025-09-29 at 12.09.01 PM

Kenyataan Media

Pelancaran Pasukan Pemantau Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah

bersih poster

General

Kenyataan Media BERSIH (8 November 2022): Patuhi Undang-Undang dan Etika Kempen Pilihan Raya Bersih

Recent Posts

  • Kempen Secara Bersih dan Adil, Tolak Politik Wang
  • Tampilkan Calon Bersih Dalam PRN Sabah, Isytihar Aset, Patuhi Undang-Undang Dan Amalan Baik Pilihan Raya
  • Pelancaran Pasukan Pemantau Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah
  • Kenyataan Media BERSIH (8 November 2022): Patuhi Undang-Undang dan Etika Kempen Pilihan Raya Bersih
  • Kenyataan Media Bersih (23 Oktober 2022): Kelakuan Ganas Dan Samseng Bukan Budaya Pilihan Raya Yang Bersih

Categories

  • General
  • Kenyataan Media
  • News from Media

Recent Comments

    Archives

    • November 2025
    • October 2025
    • November 2022
    • October 2022
    • April 2018
    • October 2017
    • July 2017
    • May 2017
    • April 2017
    • February 2017

    Ada pertanyaan? Hubungi kami di talian bantuan +60 11-3344 4048

    Unit A–2–8, Block A,
    Pusat Perniagaan 8 Avenue,
    Jalan Sungai Jernih 8/1,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor

    About

    • Stories
    • Volunteer
    • Blog
    • Careers

    news

    • Teams
    • Education
    • Refer a friend
    • Updates

    resources

    • Overview
    • Report
    • Collaborate

    © 2025 All rights reserved