Facebook-f Instagram Twitter Youtube
  • UTAMA
  • Kesalahan Pilihan Raya
    • Rasuah dan Beli Undi
    • Penjamuan Makanan dan Pemberian Hadiah
    • Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan
    • Penggunaan Aset Kerajaan
    • Perbelanjaan Berlebihan
    • Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan
    • Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai
    • Undi Awal dan Undi Pos
    • Isu Hari Pengundian
    • Masalah Daftar Pemilih
  • Sertai PEMANTAU
  • Semakan Fakta & FAQ
Menu
  • UTAMA
  • Kesalahan Pilihan Raya
    • Rasuah dan Beli Undi
    • Penjamuan Makanan dan Pemberian Hadiah
    • Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan
    • Penggunaan Aset Kerajaan
    • Perbelanjaan Berlebihan
    • Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan
    • Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai
    • Undi Awal dan Undi Pos
    • Isu Hari Pengundian
    • Masalah Daftar Pemilih
  • Sertai PEMANTAU
  • Semakan Fakta & FAQ
WhatsApp-Image-2017-02-07-at-15.10.01
February 7, 2017

BERSIH: Percanggahan Baru Senarai Daftar Pemilih Menunjukkan Kelemahan SPR

BERSIH 2.0 telah menemui kepincangan baru dalam daftar pemilih, di mana pengundi-pengundi dari kediaman yang sama telah didaftarkan di lokaliti, DUN, dan kawasan parlimen yang berbeza sama sekali.

Kami amat kesal kerana masih wujudnya keraguan dalam status pengundi di dalam daftar pemilih. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang-kali mendakwa bahawa mereka telah membetulkan daftar pemilih, namun menjelang setiap suku tahun, pasukan analisa BERSIH akan menemui kesilapan dan kepincangan baru berserta dengan kesalahan lama. Ketidakcekapan SPR cuma mengundang lebih kesangsian terhadap kesahihan dan keadilan cadangan persempadanan semula.

Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan, mengadu kepada BERSIH 2.0 dan telah menghasilkan bukti-bukti yang menunjukkan kesilapan daftar pemilih di kawasan parlimen beliau. Contohnya, pengundi-pengundi yang menghuni satu kediaman yang sama di Jalan Beserah telah didaftarkan di DUN Beserah dan DUN Teruntum, walaupun mereka merupakan DUN yang berbeza.

Apabila dipersoalkan, SPR memberitahu YB Fuziah bahawa maklumat pengundi dimasukkan ke dalam sistem daftar pemilih secara manual tanpa sebarang pautan pintar atau GPS untuk memadankan pengundi kepada sempadan/DUN yang betul. Perkara ini secara langsung melemahkan daftar pemilih.

Dengan sistem yang kuno dan penuh dengan kesilapan, SPR tidak dapat memenuhi tanggungjawab asas untuk memastikan setiap warganegara Malaysia boleh mengundi dan mengundi dengan betul.

Percanggahan ini boleh ditangani dengan menggunkan pendaftaran pengundi automatik, iaitu salah satu pengesyoran BERSIH 2.0 sejak tahun 2007 yang tidak diendahkan oleh SPR.

Lagipun, proses persempadanan semula yang sedang berlangsung tidak ada ertinya bererti jika SPR tidak berupaya memasukkan pengundi berdasarkan sempadan yang betul.

Percanggahan yang dijumpai di Kuantan bukanlah kejadian yang terpencil. Ekoran dari pendedahan Fuziah, Lee Wee Tak, pakar rujuk BERSIH 2.0 telah membuat penyisasatan lanjutan dan berjaya menemui kes-kes yang serupa di Johor, Sabah, dan Perak.

Walaupun sesetengah ketidaktepatan yang dijumpai di sistem yang serba kekurangan ini boleh disifatkan sebagai kesilapan manusia, BERSIH 2.0 tidak menolak kemungkinan berlakunya gangguan secara sengaja untuk memanfaatkan satu pihak tertentu semasa pilihan raya kerana kejadian seperti ini sentiasa berlaku berlaku.

SPR patut membaikpulih dan memperelokkan sistem mereka dan bukan menyalahkan imej buruk mereka atas sebab persepsi negatif.

Ditandatangani oleh ahli-ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0

BERSIH: Highly suspect new voters in Melaka marginal seats

Related Posts

WhatsApp-Image-2017-04-23-at-19.53.15-1

General

BERSIH: Highly suspect new voters in Melaka marginal seats

Recent Posts

  • Kenyataan Media daripada BERSIH (9 November 2022): Pelancaran Kempen #UndiMasaDepan (#VoteFuture) Menggalakkan Rakyat Keluar Mengundi
  • Kenyataan Media BERSIH (8 November 2022): Patuhi Undang-Undang dan Etika Kempen Pilihan Raya Bersih
  • Kenyataan Media Bersih (23 Oktober 2022): Kelakuan Ganas Dan Samseng Bukan Budaya Pilihan Raya Yang Bersih
  • Bersih urges MACC probe into caretaker PM’s pre-GE15 offers; introduction of Caretaker Government Act
  • Kenyataan Media Bersih (20 Oktober 2022): Tiada SOP UndiBanjir, Tempoh Kempen Masih Singkat

Categories

  • General
  • News from Media

Recent Comments

    Archives

    • November 2022
    • October 2022
    • April 2018
    • October 2017
    • July 2017
    • May 2017
    • April 2017
    • February 2017

    Need help? Call our support team 603-76280371

    Unit A–2–8, Block A,
    Pusat Perniagaan 8 Avenue,
    Jalan Sungai Jernih 8/1,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor

    About

    • Stories
    • Volunteer
    • Blog
    • Careers

    news

    • Teams
    • Education
    • Refer a friend
    • Updates

    resources

    • Overview
    • Report
    • Collaborate

    © 2023 All rights reserved

    Facebook-f Twitter Youtube Instagram