HANTAR ADUAN
Facebook-f Instagram Twitter Youtube Tiktok
  • UTAMA
  • Kesalahan Pilihan Raya
    • Rasuah dan Beli Undi
    • Penjamuan Makanan dan Pemberian Hadiah
    • Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan
    • Penggunaan Aset Kerajaan
    • Perbelanjaan Berlebihan
    • Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan
    • Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai
    • Undi Awal dan Undi Pos
    • Isu Hari Pengundian
    • Masalah Daftar Pemilih
  • Sertai PEMANTAU
  • Semakan Fakta & FAQ
  • Kenyataan Media
Menu
  • UTAMA
  • Kesalahan Pilihan Raya
    • Rasuah dan Beli Undi
    • Penjamuan Makanan dan Pemberian Hadiah
    • Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan
    • Penggunaan Aset Kerajaan
    • Perbelanjaan Berlebihan
    • Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan
    • Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai
    • Undi Awal dan Undi Pos
    • Isu Hari Pengundian
    • Masalah Daftar Pemilih
  • Sertai PEMANTAU
  • Semakan Fakta & FAQ
  • Kenyataan Media
Website Media (16)
November 27, 2025

Rakyat Sabah Perlu Tolak Politik Wang 100 Peratus, Kerajaan Perlu Henti Salah Guna Jentera

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyeru rakyat Sabah untuk berdiri tegas menolak politik wang sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Sabah kali ini. Pemerhatian kami mendapati hampir 50 kejadian yang boleh diperhatikan sebagai kesalahan pilihan raya.

Sebahagian besar kesalahan yang direkodkan melibatkan penjamuan, pemberian hadiah dan barangan — termasuk bakul makanan, barangan dapur dan bentuk pemberian lain seperti program isi minyak motor percuma — yang jelas digunakan untuk mempengaruhi undi pengundi secara rasuah dan penyogokan. Walaupun sering dibalut sebagai “bantuan” atau “inisiatif kebajikan”, pemberian seperti ini semasa tempoh kempen adalah satu bentuk penganuan yang melunturkan integriti pilihan raya.

Lebih teruk lagi, Pemantau BERSIH telah melaporkan banyak kejadian di mana jentera dan program Kerajaan Persekutuan dan Negeri dimanfaatkan bagi tujuan politik, termasuk pengagihan bantuan oleh agensi kerajaan, penyerahan geran tanah kepada rakyat oleh calon-calon daripada parti kerajaan negeri, pengumuman peruntukan dan penggunaan program rasmi kerajaan untuk menonjolkan calon tertentu. Tindakan ini bukan sahaja memberi kelebihan tidak adil kepada pihak pemerintah, tetapi turut mengaburkan garisan penting antara urusan kerajaan dan kempen parti.

Senarai penuh kejadian yang direkodkan boleh dirujuk di: https://pemantau.org/senarai-kesalahan-prn/

Di samping itu, Pemantau BERSIH juga telah menerima beberapa laporan berkenaan cubaan membeli undi secara langsung, sama ada dalam bentuk wang tunai atau tawaran imbuhan tertentu sebagai balasan kepada sokongan politik. Amalan seperti ini adalah pelanggaran serius undang-undang pilihan raya dan menghina maruah pengundi yang berhak membuat pilihan secara bebas tanpa sogokan.

BERSIH ingin mengingatkan kepada semua parti politik dan para pengundi bahawa pemberian wang dengan tujuan untuk mempengaruhi undi adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 10 Penyogokan, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Malah penjamuan dan pemberian barangan bernilai juga boleh disabitkan kesalahan di bawah Bahagian III Seksyen 8 Penjamuan Akta Kesalahan Pilihan Raya. Sekiranya didapati bersalah, pelaku boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda tidak melebihi RM5,000.

BERSIH menegaskan bahawa politik wang dan penyalahgunaan sumber kerajaan mesti dibanteras dengan tegas. Kerajaan perlu meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya segera, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus diberikan kuasa kompaun untuk mengambil tindakan segera terhadap pelaku politik wang.

Kami memohon kepada pengundi Sabah agar tidak termakan dengan slogan ‘duit terima tetapi tidak semestinya undi pihak yang memberi’. Kami mengajak rakyat Sabah untuk mengubah budaya politik ini dengan menolak 100 peratus politik wang dan salah guna kuasa dalam pilihan raya.

Sabah tidak boleh lagi membiarkan duit dan habuan sementara mengaburi pengundi, kerana masa depan politik negeri bergantung kepada pemimpin yang bertanggungjawab dan mampu memastikan kesejahteraan jangka panjang rakyat. Politik yang hanya melihat undi sebagai transaksi untuk mendapatkan habuan tetapi gagal dalam tugasan hakiki akan terus merosakkan impian rakyat Sabah.

Laporkan sebarang salah laku kepada Pemantau BERSIH melalui pemantau.org.

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH

Kempen Secara Bersih dan Adil, Tolak Politik Wang

Related Posts

Website Media (14)

Kenyataan Media

Kempen Secara Bersih dan Adil, Tolak Politik Wang

Website Media (10)

Kenyataan Media

Tampilkan Calon Bersih Dalam PRN Sabah, Isytihar Aset, Patuhi Undang-Undang Dan Amalan Baik Pilihan Raya

WhatsApp Image 2025-09-29 at 12.09.01 PM

Kenyataan Media

Pelancaran Pasukan Pemantau Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah

Recent Posts

  • Rakyat Sabah Perlu Tolak Politik Wang 100 Peratus, Kerajaan Perlu Henti Salah Guna Jentera
  • Kempen Secara Bersih dan Adil, Tolak Politik Wang
  • Tampilkan Calon Bersih Dalam PRN Sabah, Isytihar Aset, Patuhi Undang-Undang Dan Amalan Baik Pilihan Raya
  • Pelancaran Pasukan Pemantau Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah
  • Kenyataan Media BERSIH (8 November 2022): Patuhi Undang-Undang dan Etika Kempen Pilihan Raya Bersih

Categories

  • General
  • Kenyataan Media
  • News from Media

Recent Comments

    Archives

    • November 2025
    • October 2025
    • November 2022
    • October 2022
    • April 2018
    • October 2017
    • July 2017
    • May 2017
    • April 2017
    • February 2017

    Ada pertanyaan? Hubungi kami di talian bantuan +60 11-3344 4048

    Unit A–2–8, Block A,
    Pusat Perniagaan 8 Avenue,
    Jalan Sungai Jernih 8/1,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor

    About

    • Stories
    • Volunteer
    • Blog
    • Careers

    news

    • Teams
    • Education
    • Refer a friend
    • Updates

    resources

    • Overview
    • Report
    • Collaborate

    © 2025 All rights reserved