Facebook-f Instagram Twitter Youtube
  • UTAMA
  • Kesalahan Pilihan Raya
    • Rasuah dan Beli Undi
    • Penjamuan Makanan dan Pemberian Hadiah
    • Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan
    • Penggunaan Aset Kerajaan
    • Perbelanjaan Berlebihan
    • Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan
    • Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai
    • Undi Awal dan Undi Pos
    • Isu Hari Pengundian
    • Masalah Daftar Pemilih
  • Sertai PEMANTAU
  • Semakan Fakta & FAQ
Menu
  • UTAMA
  • Kesalahan Pilihan Raya
    • Rasuah dan Beli Undi
    • Penjamuan Makanan dan Pemberian Hadiah
    • Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan
    • Penggunaan Aset Kerajaan
    • Perbelanjaan Berlebihan
    • Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan
    • Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai
    • Undi Awal dan Undi Pos
    • Isu Hari Pengundian
    • Masalah Daftar Pemilih
  • Sertai PEMANTAU
  • Semakan Fakta & FAQ
October 19, 2022

Kenyataan Media Bersih (19 Oktober 2022): SPR dan NADMA Perlu Keluarkan SOP Pengundi Jika Banjir (UndiBanjir)

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sekiranya banjir terjadi semasa pengundian (UndiBanjir)

SPR yang akan bermesyuarat esok (20 Oktober) untuk menentukan hari penamaan dan hari pengundian perlu juga mengumumkan pelan kontigensi untuk mengelakkan halangan pengundian akibat bencana banjir.

SPR juga perlu memastikan wakil mereka untuk duduk di dalam Jawatankuasa Pengurusan Banjir di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah, bagii memastikan keputusan untuk menyelamatkan nyawa dan memelihara demokrasi diseimbangkan daripada menafikan satu atau yang lain.

BERSIH menyeru semua institusi – politik dan tidak dipilih – untuk menghormati peranan SPR sebagai institusi bebas dan memberikan ruang yang secukupnya bagi membuat keputusan profesional dalam proses pilihan raya.

Adalah mendukacitakan bahawa Parlimen dibubarkan semasa musim banjir dan tidak menuruti nasihat pakar. SPR tidak wajar didesak untuk menjalankan pilihan raya dengan risiko nyawa atau halangan pengundian.

Banjir kilat yang melanda Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran (9 Oktober) dan Pulau Langkawi (26 Oktober) menafikan mitos politik yang UndiBanjir boleh dielakkan jika pilihan raya dijalankan awal November.

SPR, NADMA dan tiga peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana perlu bersedia untuk situasi jika banjir kilat di P104 Pulau Langkawi berlaku pada atau sebelum hari pengundian.

Daripada laporan media, sekurang-kurang 30 kawasan penduduk dibanjiri, melibatkan 14 daripada 27 daerah pengundian dan berpotensi menjejaskan 38,118 pengundi atau 57% daripada 66,808 pengundi Pulau Langkawi.

Daripada 14 sekolah atau dewan di kawasan terjejas di daerah pengundian yang telah digunakan sebagai pusat pengundian, 1 sekolah telah terjejas dan 1 telah tersenarai di kawasan amaran banjir.

Jika tarikh pilihan raya pada 17 Oktober (satu hari selepas banjir), apa langkah yang akan diambil – pemanjangan tempoh pengundian? Pengangkutan pengundi dengan bot di kawasan kurang terjejas ke pusat pengundian? Peti undi bergerak dalam pusat pemindahan banjir bagi memindahkan mangsa banjir? Penangguhan pilihan raya?

SOP yang dihasilkan oleh SPR dengan libat urus oleh NADMA perlu mempunyai perkara berikut:

  1. Apakah langkah pemulihan yang akan diambil – pemanjangan tempoh pengundian? Pengangkutan pengundi dengan bot di kawasan kurang terjejas ke pusat pengundian? Peti undi bergerak dalam pusat pemindahan banjir bagi memindahkan mangsa banjir? Penangguhan pilihan raya?
  2. Apakah garis merah untuk mempercepatkan pemulihan – Berapakah peratusan pengundi terjejas (atau turun mengundi rendah) untuk menjustifikasi pemanjangan tempoh pengundian? Berapa peratus pengundi atau berapa banyak daerah pengundian terjejas untuk menangguhkan pilihan raya di kawasan tersebut? Berapa peratus kawasan terjejas untuk menangguhkan PRU15 di seluruh negara?
  3. Siapa yang akan terlibat dalam keputusan besar tersebut? – SPR/Pengarah SPR Negeri/Pegawai Pengurus Pilihan Raya? Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan/Negeri/Daerah/ Calon? Parti yang bertanding?

Sebarang keputusan untuk menangguhkan pengundian – walaupun sekadar beberapa kawasan yang terjejas, apatah lagi PRU15 – adalah sangat kontroversi kerana ia akan memberi kesan kepada pilihan pengundi bagi menangguhkan pilihan raya atau menyebabkan ketidakseimbangan kuasa.

Walau bagaimanapun, tidak berbuat demikian akan menyebabkan kehilangan nyawa (terutama pekerja pilihan raya dan anggota polis) atau penghalangan pengundi (di mana mangsa banjir dinafikan hak untuk menentukan masa depan negara dan negeri)

Persediaan yang tidak mencukupi semasa banjir menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda serta hak mengundi, ini juga akan mendedahkan Pegawai Kanan SPR dan NADMA kepada saman disebabkan kecuaian. Tambahan, ini akan menyebabkan negara ini kepada ketidakstabilan politik, lebih parah daripada PRU15 sepatutnya berakhir, kerana pembentukan kerajaan akan terganggu dan parti politik akan saling menyalahkan ketika negara yang sedang tenggelam ini paling memerlukan kepemimpinan.

BERSIH justeru menggesa SPR dan NADMA untuk menghasilkan SOP yang telus dan komprehensif untuk menangani pilihan raya semasa banjir, dengan proses pembuatan keputusan yang inklusif untuk membina konsensus antara parti apabil keputusan sukar perlu dibuat untuk menyelamatkan nyawa atau memelihara demokrasi.

Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH

LAMPIRAN – Bagaimana Banjir Pada Oktober Menjejaskan Pengundi di P004 Langkawi

  1. Kawasan pendudukan yang terjejas oleh banjir dan daerah pengundian mereka
NoSettlements/placesPolling DistrictElectorate
of the entire Polling Districts
Voters in affected
polling districts
by State Constituency
Voters in affected
polling districts
by Parliamentary Constituency
1Telaga Harbour Pantai Kok004/01/01Kuala Teriang2,108N01
Ayer Hangat
26,361
(81.01% of 32,540 voters)
P004
Langkawi
38,118
(57.06% of 66,808 voters)
2Telaga Tujuh, Mukim Padang Mat Sirat004/01/01Kuala Teriang
3Kampung Teluk Yu004/01/02Ewa2,440
4Jalan Kelubi004/01/02Ewa
5Kampung Telaga Ayer Hangat004/01/03Padang Lalang4,951
6Kampung Sungai Itau004/01/03Padang Lalang
7Kampung Padang Lalang004/01/03Padang Lalang
8Kampung Pasir Hitam004/01/03Padang Lalang
9Tanjung Rhu004/01/03Padang Lalang
10Tabika Kemas Pasir Hitam004/01/03Padang Lalang
11Kampung Kilim004/01/04Kilim1,813
12Kampung Belanga Pecah004/01/05Ladang Sungai Raya3,278
13SK Seri Lagenda004/01/05Ladang Sungai Raya
14Jalan Gunung Raya004/01/05Ladang Sungai Raya
15Empangan Padang Saga004/01/07Ulu Melaka2,953
16Kampung Padang Gaong / Padang Gong004/01/07Ulu Melaka
17Simpang Tiga Nyior Cabang004/01/08Nyior Cabang2,509
18Pasar Padang Mat Sirat004/01/10Padang Mat Sirat1,092
19Kampung Kuala Melaka004/01/10Padang Mat Sirat
20Kampung Atas004/01/11Kampung Atas1,836
21Bukit Kemboja004/01/12Bukit Kemboja3,381
22Jalan Kedawang004/02/03Kedawang2,252N02
Kuah
11,757
(34.31% of 34,268 voters)
23Bohor Masjid004/02/03Kedawang
24Buluh Penyumpit004/02/08Kelibang3,513
25SK Pulau Tuba/Pulau Tuba004/02/12Kampung Tuba1,511
26Jalan Penarak004/02/13Kuah4,481
27Batu TampoiNA
28Sungai MelakaNA
29Fresh Mart Padang PutihNA
30Kampung Sungai MelakaNA
31Limbung PutraNA

Peta Kawasan Banjir dan Tanah Runtuh di P004 Langkawi

Untuk maklumat terperinci sila lawati: https://www.google.com/maps/d/u/0/viewer?mid=1OkQy-1OMWZH–o4Rp9mLLjYp6YTjaiY&ll=6.320671491153717%2C99.83752122790169&z=11

Sumber laporan media

  1. Free Malaysia Today (2022, Oct 16). 7 areas in Langkawi hit by floods. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/10/16/7-areas-in-langkawi-hit-by-floods/
  2. Harian Metro (2022, Oct 16). 6 kampung di Langkawi dilanda banjir [METROTV].  https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/893131/6-kampung-di-langkawi-dilanda-banjir-metrotv
  3. New Straits Times (2022, Oct 16). Kedah Civil Defence Force ready to deploy reinforcements to Langkawi. https://www.nst.com.my/news/nation/2022/10/841128/kedah-civil-defence-force-ready-deploy-reinforcements-langkawi
  4. Malaysiakini (2022, Oct 16). 37 flood victims in Langkawi relocated to PPS. https://www.sinardaily.my/article/182114/malaysia/national/37-flood-victims-in-langkawi-relocated-to-pps
  5. Sinar Harian (2022, Oct 16). [VIDEO] 14 kawasan di Langkawi dinaiki air. https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=284926
  6. Sinar Harian (2022, Oct 17). Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 67 orang. https://www.sinarharian.com.my/article/226370/edisi/utara/jumlah-mangsa-banjir-meningkat-kepada-67-orang?
  7. Harian Metro (2022, Oct 17). Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 67 orang. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/893399/mangsa-banjir-di-kedah-meningkat-kepada-67-orang
  8. Harian Metro (2022, Oct 18). Mangsa banjir di Kedah kekal 67 orang. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/893684/mangsa-banjir-di-kedah-kekal-67-orang
  9. Harian Metro (2022, Oct 19). Banjir di Langkawi: 61 penduduk di PPS. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/893987/banjir-di-langkawi-61-penduduk-di-pps
GE15: Bersih reminds PM to stop giving funds, announcing new policies now Kenyataan Media Bersih (20 Oktober 2022): Tiada SOP UndiBanjir, Tempoh Kempen Masih Singkat

Related Posts

General, News from Media

Kenyataan Media daripada BERSIH (9 November 2022): Pelancaran Kempen #UndiMasaDepan (#VoteFuture) Menggalakkan Rakyat Keluar Mengundi

General

Kenyataan Media BERSIH (8 November 2022): Patuhi Undang-Undang dan Etika Kempen Pilihan Raya Bersih

General

Kenyataan Media Bersih (23 Oktober 2022): Kelakuan Ganas Dan Samseng Bukan Budaya Pilihan Raya Yang Bersih

Recent Posts

  • Kenyataan Media daripada BERSIH (9 November 2022): Pelancaran Kempen #UndiMasaDepan (#VoteFuture) Menggalakkan Rakyat Keluar Mengundi
  • Kenyataan Media BERSIH (8 November 2022): Patuhi Undang-Undang dan Etika Kempen Pilihan Raya Bersih
  • Kenyataan Media Bersih (23 Oktober 2022): Kelakuan Ganas Dan Samseng Bukan Budaya Pilihan Raya Yang Bersih
  • Bersih urges MACC probe into caretaker PM’s pre-GE15 offers; introduction of Caretaker Government Act
  • Kenyataan Media Bersih (20 Oktober 2022): Tiada SOP UndiBanjir, Tempoh Kempen Masih Singkat

Categories

  • General
  • News from Media

Recent Comments

    Archives

    • November 2022
    • October 2022
    • April 2018
    • October 2017
    • July 2017
    • May 2017
    • April 2017
    • February 2017

    Need help? Call our support team 603-76280371

    Unit A–2–8, Block A,
    Pusat Perniagaan 8 Avenue,
    Jalan Sungai Jernih 8/1,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor

    About

    • Stories
    • Volunteer
    • Blog
    • Careers

    news

    • Teams
    • Education
    • Refer a friend
    • Updates

    resources

    • Overview
    • Report
    • Collaborate

    © 2023 All rights reserved

    Facebook-f Twitter Youtube Instagram