Kenyataan Media Bersih (19 Oktober 2022): SPR dan NADMA Perlu Keluarkan SOP Pengundi Jika Banjir (UndiBanjir)
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sekiranya banjir terjadi semasa pengundian (UndiBanjir)
SPR yang akan bermesyuarat esok (20 Oktober) untuk menentukan hari penamaan dan hari pengundian perlu juga mengumumkan pelan kontigensi untuk mengelakkan halangan pengundian akibat bencana banjir.
SPR juga perlu memastikan wakil mereka untuk duduk di dalam Jawatankuasa Pengurusan Banjir di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah, bagii memastikan keputusan untuk menyelamatkan nyawa dan memelihara demokrasi diseimbangkan daripada menafikan satu atau yang lain.
BERSIH menyeru semua institusi – politik dan tidak dipilih – untuk menghormati peranan SPR sebagai institusi bebas dan memberikan ruang yang secukupnya bagi membuat keputusan profesional dalam proses pilihan raya.
Adalah mendukacitakan bahawa Parlimen dibubarkan semasa musim banjir dan tidak menuruti nasihat pakar. SPR tidak wajar didesak untuk menjalankan pilihan raya dengan risiko nyawa atau halangan pengundian.
Banjir kilat yang melanda Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran (9 Oktober) dan Pulau Langkawi (26 Oktober) menafikan mitos politik yang UndiBanjir boleh dielakkan jika pilihan raya dijalankan awal November.
SPR, NADMA dan tiga peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana perlu bersedia untuk situasi jika banjir kilat di P104 Pulau Langkawi berlaku pada atau sebelum hari pengundian.
Daripada laporan media, sekurang-kurang 30 kawasan penduduk dibanjiri, melibatkan 14 daripada 27 daerah pengundian dan berpotensi menjejaskan 38,118 pengundi atau 57% daripada 66,808 pengundi Pulau Langkawi.
Daripada 14 sekolah atau dewan di kawasan terjejas di daerah pengundian yang telah digunakan sebagai pusat pengundian, 1 sekolah telah terjejas dan 1 telah tersenarai di kawasan amaran banjir.
Jika tarikh pilihan raya pada 17 Oktober (satu hari selepas banjir), apa langkah yang akan diambil – pemanjangan tempoh pengundian? Pengangkutan pengundi dengan bot di kawasan kurang terjejas ke pusat pengundian? Peti undi bergerak dalam pusat pemindahan banjir bagi memindahkan mangsa banjir? Penangguhan pilihan raya?
SOP yang dihasilkan oleh SPR dengan libat urus oleh NADMA perlu mempunyai perkara berikut:
- Apakah langkah pemulihan yang akan diambil – pemanjangan tempoh pengundian? Pengangkutan pengundi dengan bot di kawasan kurang terjejas ke pusat pengundian? Peti undi bergerak dalam pusat pemindahan banjir bagi memindahkan mangsa banjir? Penangguhan pilihan raya?
- Apakah garis merah untuk mempercepatkan pemulihan – Berapakah peratusan pengundi terjejas (atau turun mengundi rendah) untuk menjustifikasi pemanjangan tempoh pengundian? Berapa peratus pengundi atau berapa banyak daerah pengundian terjejas untuk menangguhkan pilihan raya di kawasan tersebut? Berapa peratus kawasan terjejas untuk menangguhkan PRU15 di seluruh negara?
- Siapa yang akan terlibat dalam keputusan besar tersebut? – SPR/Pengarah SPR Negeri/Pegawai Pengurus Pilihan Raya? Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan/Negeri/Daerah/ Calon? Parti yang bertanding?
Sebarang keputusan untuk menangguhkan pengundian – walaupun sekadar beberapa kawasan yang terjejas, apatah lagi PRU15 – adalah sangat kontroversi kerana ia akan memberi kesan kepada pilihan pengundi bagi menangguhkan pilihan raya atau menyebabkan ketidakseimbangan kuasa.
Walau bagaimanapun, tidak berbuat demikian akan menyebabkan kehilangan nyawa (terutama pekerja pilihan raya dan anggota polis) atau penghalangan pengundi (di mana mangsa banjir dinafikan hak untuk menentukan masa depan negara dan negeri)
Persediaan yang tidak mencukupi semasa banjir menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda serta hak mengundi, ini juga akan mendedahkan Pegawai Kanan SPR dan NADMA kepada saman disebabkan kecuaian. Tambahan, ini akan menyebabkan negara ini kepada ketidakstabilan politik, lebih parah daripada PRU15 sepatutnya berakhir, kerana pembentukan kerajaan akan terganggu dan parti politik akan saling menyalahkan ketika negara yang sedang tenggelam ini paling memerlukan kepemimpinan.
BERSIH justeru menggesa SPR dan NADMA untuk menghasilkan SOP yang telus dan komprehensif untuk menangani pilihan raya semasa banjir, dengan proses pembuatan keputusan yang inklusif untuk membina konsensus antara parti apabil keputusan sukar perlu dibuat untuk menyelamatkan nyawa atau memelihara demokrasi.
Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH
LAMPIRAN – Bagaimana Banjir Pada Oktober Menjejaskan Pengundi di P004 Langkawi
- Kawasan pendudukan yang terjejas oleh banjir dan daerah pengundian mereka
No | Settlements/places | Polling District | Electorate of the entire Polling Districts | Voters in affected polling districts by State Constituency | Voters in affected polling districts by Parliamentary Constituency | |
1 | Telaga Harbour Pantai Kok | 004/01/01 | Kuala Teriang | 2,108 | N01 Ayer Hangat 26,361 (81.01% of 32,540 voters) | P004 Langkawi 38,118 (57.06% of 66,808 voters) |
2 | Telaga Tujuh, Mukim Padang Mat Sirat | 004/01/01 | Kuala Teriang | |||
3 | Kampung Teluk Yu | 004/01/02 | Ewa | 2,440 | ||
4 | Jalan Kelubi | 004/01/02 | Ewa | |||
5 | Kampung Telaga Ayer Hangat | 004/01/03 | Padang Lalang | 4,951 | ||
6 | Kampung Sungai Itau | 004/01/03 | Padang Lalang | |||
7 | Kampung Padang Lalang | 004/01/03 | Padang Lalang | |||
8 | Kampung Pasir Hitam | 004/01/03 | Padang Lalang | |||
9 | Tanjung Rhu | 004/01/03 | Padang Lalang | |||
10 | Tabika Kemas Pasir Hitam | 004/01/03 | Padang Lalang | |||
11 | Kampung Kilim | 004/01/04 | Kilim | 1,813 | ||
12 | Kampung Belanga Pecah | 004/01/05 | Ladang Sungai Raya | 3,278 | ||
13 | SK Seri Lagenda | 004/01/05 | Ladang Sungai Raya | |||
14 | Jalan Gunung Raya | 004/01/05 | Ladang Sungai Raya | |||
15 | Empangan Padang Saga | 004/01/07 | Ulu Melaka | 2,953 | ||
16 | Kampung Padang Gaong / Padang Gong | 004/01/07 | Ulu Melaka | |||
17 | Simpang Tiga Nyior Cabang | 004/01/08 | Nyior Cabang | 2,509 | ||
18 | Pasar Padang Mat Sirat | 004/01/10 | Padang Mat Sirat | 1,092 | ||
19 | Kampung Kuala Melaka | 004/01/10 | Padang Mat Sirat | |||
20 | Kampung Atas | 004/01/11 | Kampung Atas | 1,836 | ||
21 | Bukit Kemboja | 004/01/12 | Bukit Kemboja | 3,381 | ||
22 | Jalan Kedawang | 004/02/03 | Kedawang | 2,252 | N02 Kuah 11,757 (34.31% of 34,268 voters) | |
23 | Bohor Masjid | 004/02/03 | Kedawang | |||
24 | Buluh Penyumpit | 004/02/08 | Kelibang | 3,513 | ||
25 | SK Pulau Tuba/Pulau Tuba | 004/02/12 | Kampung Tuba | 1,511 | ||
26 | Jalan Penarak | 004/02/13 | Kuah | 4,481 | ||
27 | Batu Tampoi | NA | ||||
28 | Sungai Melaka | NA | ||||
29 | Fresh Mart Padang Putih | NA | ||||
30 | Kampung Sungai Melaka | NA | ||||
31 | Limbung Putra | NA |
Peta Kawasan Banjir dan Tanah Runtuh di P004 Langkawi
Untuk maklumat terperinci sila lawati: https://www.google.com/maps/d/u/0/viewer?mid=1OkQy-1OMWZH–o4Rp9mLLjYp6YTjaiY&ll=6.320671491153717%2C99.83752122790169&z=11
Sumber laporan media
- Free Malaysia Today (2022, Oct 16). 7 areas in Langkawi hit by floods. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/10/16/7-areas-in-langkawi-hit-by-floods/
- Harian Metro (2022, Oct 16). 6 kampung di Langkawi dilanda banjir [METROTV]. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/893131/6-kampung-di-langkawi-dilanda-banjir-metrotv
- New Straits Times (2022, Oct 16). Kedah Civil Defence Force ready to deploy reinforcements to Langkawi. https://www.nst.com.my/news/nation/2022/10/841128/kedah-civil-defence-force-ready-deploy-reinforcements-langkawi
- Malaysiakini (2022, Oct 16). 37 flood victims in Langkawi relocated to PPS. https://www.sinardaily.my/article/182114/malaysia/national/37-flood-victims-in-langkawi-relocated-to-pps
- Sinar Harian (2022, Oct 16). [VIDEO] 14 kawasan di Langkawi dinaiki air. https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=284926
- Sinar Harian (2022, Oct 17). Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 67 orang. https://www.sinarharian.com.my/article/226370/edisi/utara/jumlah-mangsa-banjir-meningkat-kepada-67-orang?
- Harian Metro (2022, Oct 17). Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 67 orang. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/893399/mangsa-banjir-di-kedah-meningkat-kepada-67-orang
- Harian Metro (2022, Oct 18). Mangsa banjir di Kedah kekal 67 orang. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/893684/mangsa-banjir-di-kedah-kekal-67-orang
- Harian Metro (2022, Oct 19). Banjir di Langkawi: 61 penduduk di PPS. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/893987/banjir-di-langkawi-61-penduduk-di-pps