PEMANTAU
Pilihan Raya Bersih dan Adil
  • Home
  • Kesalahan Pilihan Raya
    • Rasuah dan Beli Undi
    • Penjamuan Makanan dan Pemberian Hadiah
    • Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan
    • Penggunaan Aset Kerajaan
    • Perbelanjaan Berlebihan
    • Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan
    • Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai
    • Undi Awal dan Undi Pos
    • Pengundi Hantu dan Daftar Pemilih
    • Masalah Hari Mengundi
  • Sertai PEMANTAU
Statement (9 aprl)
April 23, 2018

KENYATAAN MEDIA (9 APRIL 2018): BERSIH 2.0 Mengingatkan Parti-parti Agar Mematuhi Prinsip Kerajaan Sementara

Berikutan pengumuman pembubaran Parlimen pada hari Sabtu, 7 April 2018, BERSIH 2.0 dengan ini memberi peringatan kepada semua parti-parti yang memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan agar mematuhi prinsip demokrasi sebuah kerajaan sementara.

Apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan, maka tiada lagi badan perundangan yang akan memeriksa kuasa eksekutif. Kerajaan tidak lagi mempunyai mandat daripada badan perundangan dan mesti bertindak sewajarnya. Ia akan wujud semata-mata untuk pentadbiran kerajaan yang minimum.

Memandangkan mana-mana parti politik mungkin akan membina kerajaan baru dalam Parlimen yang akan datang, kerajaan sementara seharusnya tidak membuat keputusan dasar atau persetujuan baru yang akan mengikat kerajaan akan datang. Lebih penting lagi, seharusnya kerajaan sementara tidak menggunakan jentera dan aset kerajaan atau mengumumkan projek-projek untuk kepentingan politik masing-masing.

Malangnya, pilihan raya di Malaysia sebelum ini telah pun dicemarkan dengan penyalahgunaan aset kerajaan untuk kegunaan parti mereka, seterusnya mewujudkan padang perlawanan yang tidak sama rata antara penyandang jawatan dan calon-calon lain.

Pada Januari 2018, Perdana Menteri Najib Razak menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) komited dalam memastikan pilihan raya dilaksanakan secara bersih dan adil. Manifesto BN juga ada menyatakan “komitmen untuk membentuk pembangunan partisipasi demokratik”. Demikian juga dengan manifesto Pakatan Harapan yang menjanjikan “pilihan raya yang bersih, adil dan telus”.

Oleh itu, BERSIH 2.0 mengharapkan agar kedua-dua belah pihak melaksanakan komitmen yang telah dijanjikan dan tidak menyalahgunakan wang rakyat demi survival agenda politik mereka.

BERSIH 2.0 akan memantau sebarang kegiatan dan aktiviti yang menyalahi prinsip kerajaan sementara dan menggalakkan orang awam untuk melaporkan sebarang kesalahan sepanjang proses pilihan raya di laman web Pemantau (aduan.pemantau.org).

Rakyat Malaysia perlu memastikan akauntabiliti ahli politik dalam menggunakan dana kerajaan. Kami menyeru agar semua pengundi agar turun mengundi pada hari pengundian dan undi untuk menentang ahli politik korup yang menggunakan duit rakyat untuk kepentingan politik mereka. BERSIH 2.0 seterusnya mengharapkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memudahkan proses pengundian dengan menetapkan hari pengundian pada hujung minggu.

#KeluarMengundi
#KalahkanPencuri

Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0

KENYATAAN MEDIA (30 OKTOBER 2017): Pelancaran PEMANTAU – Memastikan PRU14 Berjalan secara Bersih dan Adil

Related Posts

General

KENYATAAN MEDIA (30 OKTOBER 2017): Pelancaran PEMANTAU – Memastikan PRU14 Berjalan secara Bersih dan Adil

IMG_20170420_101630_HDR-1024x759

General

Voter registration objection – What to do if your registration as a voter has been objected to

bbff5818ca0b6a2729f7af4c2617faaa

News from Media

FMT: Zahid dakwa pembangkang pindah pengundi, sasar rampas Johor

Recent Posts

  • KENYATAAN MEDIA (9 APRIL 2018): BERSIH 2.0 Mengingatkan Parti-parti Agar Mematuhi Prinsip Kerajaan Sementara
  • KENYATAAN MEDIA (30 OKTOBER 2017): Pelancaran PEMANTAU – Memastikan PRU14 Berjalan secara Bersih dan Adil
  • Voter registration objection – What to do if your registration as a voter has been objected to
  • FMT: Zahid dakwa pembangkang pindah pengundi, sasar rampas Johor
  • Sempadan baru pilihan raya—di mana menang atau kalah PRU14

Recent Comments

    Archives

    • April 2018
    • October 2017
    • July 2017
    • May 2017
    • April 2017
    • February 2017

    Categories

    • General
    • News from Media

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    PEMANTAU
    © PEMANTAU 2022