Facebook-f Instagram Twitter Youtube
  • UTAMA
  • Kesalahan Pilihan Raya
    • Rasuah dan Beli Undi
    • Penjamuan Makanan dan Pemberian Hadiah
    • Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan
    • Penggunaan Aset Kerajaan
    • Perbelanjaan Berlebihan
    • Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan
    • Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai
    • Undi Awal dan Undi Pos
    • Isu Hari Pengundian
    • Masalah Daftar Pemilih
  • Sertai PEMANTAU
  • Semakan Fakta & FAQ
Menu
  • UTAMA
  • Kesalahan Pilihan Raya
    • Rasuah dan Beli Undi
    • Penjamuan Makanan dan Pemberian Hadiah
    • Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan
    • Penggunaan Aset Kerajaan
    • Perbelanjaan Berlebihan
    • Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan
    • Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai
    • Undi Awal dan Undi Pos
    • Isu Hari Pengundian
    • Masalah Daftar Pemilih
  • Sertai PEMANTAU
  • Semakan Fakta & FAQ
October 20, 2022

Kenyataan Media Bersih (20 Oktober 2022): Tiada SOP UndiBanjir, Tempoh Kempen Masih Singkat

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengucapkan selamat bersedia untuk pulang mengundi kepada rakyat Malaysia. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini (20 Oktober 2022) telah mengumumkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah pada 19 November 2022. Teka-teki tarikh pilihan raya telahpun terjawab dan kini rakyat perlu terus menilai calon dan parti politik yang manakah mampu menggalas tanggungjawab menakhoda negara ini ke arah reformasi sistem dan institusi politik yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak lagi persoalan yang perlu dijawab oleh pihak SPR berkenaan dengan penjalanan PRU15 kali ini.

SOP UndiBanjir

SPR masih lagi belum mengumumkan apakah SOP yang akan digunakan sekiranya tempoh pilihan raya seperti hari undi awal dan hari pembuangan undi biasa berlaku banjir besar pada ketika itu. SPR perlu segera mengumumkan SOP tersebut agar semua pihak terutamanya parti politik, calon dan agensi-agensi yang bertanggungjawab boleh membuat persediaan bagi menghadapi bencana banjir. Pada 16 Oktober, banjir kilat di Pulau Langkawi telah menjejaskan 30 kawasan penduduk, dengan 38,118 pengundi yang terkesan (2). Hari ini sahaja hujan ribut telah memusnahkan lebih 60 rumah di tujuh kampung di Besut, Terengganu(1).  Sekiranya bencana yang sama terjadi, apakah SOP untuk meneruskan atau menangguhkan pilihan raya di daerah mengundi tersebut, atau lebih parah penangguhan PRU15 di peringkat nasional.

Tempoh Kempen 14 Hari

Selain itu, tempoh kempen juga masih singkat iaitu hanya 14 hari, bermula 5 November sehinggalah tengah malam 18 November. BERSIH kecewa kerana SPR masih tidak menetapkan tempoh kempen pilihan raya minimum selama 21 hari bagi memberi ruang kepada jentera pihak yang bertanding untuk bertemu rakyat memandangkan terdapat pertambahan pengundi sebanyak hampir 6 juta berbanding PRU14 yang lepas. Selain itu, tempoh minimum 21 hari juga akan memberi masa yang lebih kepada pengundi pos di luar negara untuk menghantar kertas undi mereka kepada Pegawai Pengurus sebelum masa mengira undi.

Pemanjangan Tempoh Permohonan Undi Pos

BERSIH menggesa SPR supaya memanjangkan tempoh penutupan bagi permohonan undi pos kategori 1B (yang akan ditutup pada 23/10/2022) sekurang-kurangnya untuk seminggu lagi, seperti tarikh penutupan permohonan undi pos kategori 1C (Agensi/Organisasi), iaitu pada 26 Oktober 2022. Memandangkan SPR baru sahaja mengumumkan tarikh PRU15 hari ini, kemungkinan ramai pengundi luar negara menyedari untuk memohon sebagai pengundi pos kepada SPR.

SPR bertanggungjawab memastikan setiap rakyat Malaysia yang layak mengundi untuk dilibatkan dalam setiap pilihan raya, terutamanya dalam PRU15 ini.

Dikeluarkan oleh:

Jawatankuasa Pemandu BERSIH

  • https://www.themalaysianinsight.com/s/407160)
  • https://bersih.org/2022/10/19/spr-dan-nadma-perlu-keluarkan-sop-pengundi-jika-banjir-undibanjir/
Kenyataan Media Bersih (19 Oktober 2022): SPR dan NADMA Perlu Keluarkan SOP Pengundi Jika Banjir (UndiBanjir) Bersih urges MACC probe into caretaker PM’s pre-GE15 offers; introduction of Caretaker Government Act

Related Posts

General, News from Media

Kenyataan Media daripada BERSIH (9 November 2022): Pelancaran Kempen #UndiMasaDepan (#VoteFuture) Menggalakkan Rakyat Keluar Mengundi

General

Kenyataan Media BERSIH (8 November 2022): Patuhi Undang-Undang dan Etika Kempen Pilihan Raya Bersih

General

Kenyataan Media Bersih (23 Oktober 2022): Kelakuan Ganas Dan Samseng Bukan Budaya Pilihan Raya Yang Bersih

Recent Posts

  • Kenyataan Media daripada BERSIH (9 November 2022): Pelancaran Kempen #UndiMasaDepan (#VoteFuture) Menggalakkan Rakyat Keluar Mengundi
  • Kenyataan Media BERSIH (8 November 2022): Patuhi Undang-Undang dan Etika Kempen Pilihan Raya Bersih
  • Kenyataan Media Bersih (23 Oktober 2022): Kelakuan Ganas Dan Samseng Bukan Budaya Pilihan Raya Yang Bersih
  • Bersih urges MACC probe into caretaker PM’s pre-GE15 offers; introduction of Caretaker Government Act
  • Kenyataan Media Bersih (20 Oktober 2022): Tiada SOP UndiBanjir, Tempoh Kempen Masih Singkat

Categories

  • General
  • News from Media

Recent Comments

    Archives

    • November 2022
    • October 2022
    • April 2018
    • October 2017
    • July 2017
    • May 2017
    • April 2017
    • February 2017

    Need help? Call our support team 603-76280371

    Unit A–2–8, Block A,
    Pusat Perniagaan 8 Avenue,
    Jalan Sungai Jernih 8/1,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor

    About

    • Stories
    • Volunteer
    • Blog
    • Careers

    news

    • Teams
    • Education
    • Refer a friend
    • Updates

    resources

    • Overview
    • Report
    • Collaborate

    © 2023 All rights reserved

    Facebook-f Twitter Youtube Instagram