• Anda perlu menjadi warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjadi pengundi
  • Anda tidak perlu daftar kerana sistem terkini akan mendaftarkan anda secara automatik. Mereka yang berumur 18 tahun dan sempat masuk ke dalam senarai daftar pemilih yang diwartakan sebelum pilihan raya diumumkan boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut. Bagi pilihan raya negeri pada 12 Ogos 2023 ini, daftar pemilih yang digunakan adalah daftar pemilih tambahan bulan April 2023 yang dikemas kini sehingga 21 Jun 2023. Anda hanya perlu semak pusat pengundian anda dan hadir pada hari pengundi untuk UNDI!
  • Tidak layak bermaksud: tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman penjara; atau telah disabitkan bersalah di dalam mana-mana bahagian Commonwealth dan dijatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan lebih daripada 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan itu.
  • PERHATIAN! Mereka yang telah didaftar secara automatik akan didaftarkan berdasarkan alamat Kad Pengenalan mereka pada masa mereka dimasukkan ke dalam daftar pemilih. Sebarang perubahan alamat selepas berdaftar sebagai pengundi TIDAK akan mengubah alamat di daftar pemilih melainkan permohonan dibuat kepada SPR untuk mengubah alamat pengundi.
  • Daftar pemilih pilihan raya (DPPR) adalah senarai pengundi rasmi yang layak mengundi di dalam sesuatu bahagian pilihan raya. SPR akan mengemas kini dan mewartakan daftar pemilih tambahan setiap bulan dan DPPR pada PRN kali ini adalah pada April 2023 kerana ini adalah senarai daftar pemilih terakhir sebelum DUN-DUN dibubarkan.
What are your feelings
Updated on July 26, 2023