• Pertama, anda perlu membuka akaun MySPR. Sila ke laman myspr.spr.gov.my dan daftar sebagai ‘Permohonan Akaun Baru’.
  • Sediakan salinan digital Kad Pengenalan dan gambar swafoto anda yang jelas.
  • Masukkan alamat penuh berdasarkan Kad Pengenalan (BUKAN alamat yang ingin anda pos kertas undi anda) dan masukkan nombor telefon supaya nombor TAC dapat dihantar kepada anda untuk pengesahan.
  • Selepas akaun anda diluluskan (dalam satu atau dua hari), anda boleh log masuk ke akaun anda dan pohon sebagai pengundi pos. Sila ambil PERHATIAN bahawa dengan membuka akaun MySPR tidak bermakna anda telah berdaftar sebagai pengundi pos.
  • Apabila anda pohon sebagai pengundi pos, anda perlu masukkan alamat undi pos dengan tepat, sama ada alamat rumah atau kerja supaya sampul undi pos dapat sampai ke tempat anda.
  • Sekiranya permohonan anda berjaya, anda akan menerima emel pengesahan daripada SPR.
  • Sekiranya anda berhadapan dengan masalah untuk berdaftar dengan MySPR, sila hubungi hotline atau hantar aduan kepada mereka di https://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan
What are your feelings
Updated on July 20, 2023