MESEJ VIRAL: Jika anda berdaftar sebagai pengundi pos, sila PASTIKAN bahawa anda mengambil kertas undi anda. Jika tidak, kertas undi anda berisiko disalah guna.

Pada masa ini, tiada undang-undang yang mengawal amalan Pengundian Awal walaupun rujukan dibuat dalam peraturan sedia ada untuk undi awal

KERTAS UNDI

1) Apakah proses undi pos?

Pegawai pengurus akan memasukkan kertas undi ke dalam sampul kepada pengundi pos, dan sampul-sampul ini akan dihantar ke kedutaan di negeri masing-masing. Kedutaan kemudiannya akan mengepos sampul tersebut kepada pengundi. Namun, kami  menggalakkan yang anda membuat persediaan awal dengan staf kedutaan untuk mengambil sendiri kertas undi agar undi anda tidak hilang atau lewat.  

2) Bila ‘hari undi’ atau bila saya boleh mengambil kertas undi?

Sila semak dengan kedutaan anda untuk mengetahui pengurusan mereka bagi pengambilan kertas undi pos. Anda bertanggungjawab untuk mengundi di kedutaan pada hari pengundian atau penghantaran semula undi pos yang ditetapkan.

RESPON BERSIH: Maklumat ini adalah salah. Kedutaan Malaysia TIDAK ada tanggungjawab untuk menguruskan kertas undi pengundi luar negara. SPR akan memproses dan mengepos kertas undi kepada anda berdasarkan alamat yang didaftarkan selepas Penamaan Calon. Selepas anda menerima dan menandakan kertas undi, tutup sampul undi dan pos semula kepada Pegawai Pengurus di Parlimen/DUN anda. Jangan poskan kepada Ibu Pejabat SPR.

What are your feelings
Updated on July 27, 2023