Selepas anda menerima kertas undi, anda perlu segera pangkah kertas undi dan poskan/courier sampul undi anda ke alamat Pegawai Pengurus di Parlimen/DUN anda. Sampul-sampul undi pos sepatutnya telah disediakan untuk anda.
Sama ada anda kertas undi yang telah ditanda akan sampai pada masanya adalah bergantung kepada kecepatan perkhidmatan pos/courier.
Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi Global Bersih dan Undi18 untuk membantu anda membawa pulang sampul undi pos. Usaha ini disokong oleh Bersih dan mereka sangat boleh dipercayai. Anda boleh buka pautan berikut untuk menghubungi mereka:
Undi anda tidak akan diganggu jika anda mengikuti arahan untuk menutup sampul bersama borang-borang yang diperlukan.
Undi anda tidak akan bertukar dengan orang lain sekiranya arahan daripada SPR untuk menanda dan mengisi borang dipatuhi dengan betul.
Namun, kertas undi pos anda berisiko untuk hilang atau sampai ke pusat pengundian selepas pengundian tamat. Justeru, semua usaha untuk memastikan kertas undi anda sampai dengan tepat perlu diambil.
3. Sekiranya saya mengundi pos, adakah kertas undi saya sempat balik pada masanya dan adakah ianya selamat?
What are your feelings
Share This Article :
How can we help?